Wax Hair Removal Vs Laser; Yang Mana Lebih Bagus?

wax hair removal

Share This Post

Wax hair removal adalah salah satu cara untuk menanggalkan bulu badan dengan menyapu bahan melekit, iaitu wax, kemudian mencabutnya selepas kering.

Manakala, laser hair removal, menggunakan cahaya pekat (laser) untuk menghilangkan bulu yang tidak diingini.

Kedua-duanya menawarkan cara yang berkesan untuk anda say bye-bye kepada bulu badan yang tidak diingini.

Tetapi, kedua-duanya datang dengan perbezaan yang ketara dari segi journey anda untuk menghilang bulu badan anda.

Dalam artikel ini, jom kami kongsikan pro dan con antara wax hair removal dan laser supaya anda membuat pilihan sesuai dengan keperluan badan anda.

Apa itu Wax Hair Removal?

wax hair removal

Ia adalah kaedah mencabut bulu badan di mana bulu dicabut dari akarnya.

Seperti yang disebut, wax atau lilin melekit disapu di permukaan kulit, dibiarkan untuk beberapa minit untuk mengeras dan kemudiannya dicabut dengan kertas nipis.

Kaedah ini membolehkan kulit bebas bulu dan lembut buat beberapa jangka masa.

Ini juga membantu mengelakkan kemungkinan luka, calar atau  kecederaan akibat mencukur.

Selain itu, waxing membantu menanggalkan sel-sel kulit mati.

Apa itu Laser Hair Removal?

laser

Laser hair removal digunakan untuk membuat bulu yang tidak diingini dari kawasan termasuk kaki, ketiak, atas bibir, dagu dan bikini line.

Seperti yang dikatakan pada awal, pancaran laser digunakan untuk menanggalkan bulu.

Pigmen (melanin) dalam bulu akan menyerap cahaya yang dipancarkan oleh pancaran laser.

Apabila tenaga cahaya ditukar kepada haba, ia mengakibatkan kerosakan pada folikel yang berbentuk seperti kantung tiub dalam epidermis yang menghasilkan rambut.

Kerosakan ini menghalang atau melambatkan pertumbuhan bulu dalam jangka masa panjang.

Beberapa sesi rawatan diperlukan, diikuti dengan rawatan penyelenggaraan.

Semasa proses ini, denyutan cahaya akan diberikan di kawasan rawatan dan anda mungkin akan merasai sedikit ketidakselesaan.

Baca Juga; Mengatasi Bibir Kering dan Rahsia Untuk Bibir Menawan 

Pro & Cons Wax Hair Removal

wax hair removal

  • Pro

Wax hair removal lebih murah jika dibandingkan dengan laser.

Ia sememangnya sesuai hampir untuk ke semua jenis kulit dan boleh dibuat sendiri di rumah.

  • Con

Walaupun wax hair removal lebih murah, kos rawatan untuk ini boleh bertambah menjadi mahal dari rawatan laser kian tahun.

Tambahan lagi, jika anda seorang yang mempunyai kulit sensitif, hemofilia atau diabetes dan senang rasa sakit di kulit, hair waxing adalah no-go untuk anda.

Wax itu akan merentap dan mencabut bulu sehingga ke folikel.

Ia akan tumbuh kembali dan boleh membawa kepada bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair) seperti gambar di bawah.

wax hair removal

Ia juga tidaklah menawarkan kesan berpanjangan kerana ia hanya mencabut bulu yang panjang setengah inci sahaja.

Oleh itu, ia mungkin memakan masa untuk anda menunggunya tumbuh dan melakukannya kali kedua supaya kaedah ini berkesan untuk anda.

Pro & Cons Laser

  • Pro

Laser hair removal menawarkan manfaat jangka masa panjang.

Setiap sesi rawatan ini mudah dan cepat dan hanya mengambil berapa minit sahaja.

Rawatan ini adalah selamat dan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada kulit.

Hal ini kerana ia dilakukan oleh pakar laser bertauliah di mana orang yang berkulit sensitif pun boleh melalui rawatan ini.

Ini membolehkan rawatan laser dilakukan di mana-mana bahagian badan kecuali di sekitar mata.

Berbanding wax hair removal, ia tidak menyakitkan. Sensasinya serupa dengan gelang getah yang tersentap pada kulit.

Yang paling penting, hasil selepas melalui satu rawatan laser ini kekal tau! Agak makan kos tapi berbaloi, bukan?

  • Con

Laser, walaupun lebih efektif, ia memakan kos lebih dari waxing.

Hal ini kerana ia menggunakan teknologi laser yang menggunakan kos tinggi.

Keputusan: Mana Yang Lebih Baik?

Wax hair removal dan laser hair removal efektif dengan cara tersendiri.

Dalam pemilihan antara kedua-dua ini, laser adalah pilihan yang lebih sesuai kerana ia kurang menyakitkan daripada waxing.

Bahkan, kesannya permanent berbanding waxing yang perlu dilakukan setiap bulan.

Laser menghapuskan masalah bulu tumbuh ke dalam (ingrown hair) kerana ia memusnahkan folikel rambut.

Jelasnya, antara wax hair removal dan laser hair removal, laser adalah pemenangnya.

Kesimpulannya, kedua-dua wax hair removal dan laser hair removal mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung kepada pilihan anda.

Apabila membuat keputusan, pertimbangkan keperluan individu anda, bajet dan hasil yang diharapkan.

Rawatan laser mungkin mahal tetapi apa salahnya berbelanja untuk kepuasan diri, kan?

Ucapkan selamat tinggal kepada kerumitan waxing dan say hello kepada manfaat laser hair removal.

Buat temu janji di Cosmoglam Clinic hari ini dan alami kulit bebas bulu yang tidak diingini.

More To Explore

Scroll to Top
Scroll to Top