Tips Slimming: Ketahui Cara Turunkan Berat Badan

tips slimming

Share This Post

Kaedah slimming di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Dengan kemajuan teknologi kini, sesiapa sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah.

Kaedah ini tidak memerlukan sebarang pembedahan atau perlu melakukan aktiviti fizikal.

Sesetengah orang tidak mengambil berat tentang pemakanan dan lifestyle mereka, ini secara tak langsung menjadi salah satu punca peningkatan berat badan.

Malaysia telah menduduki tempat pertama dalam carta dengan jumlah tertinggi rakyat yang obesiti dalam kalangan 18 tahun ke atas.

Jumlah tersebut meningkat saban tahun. Hal ini akan memberikan lebih banyak kesan negatif daripada kesan yang baik.

Ada segelintir yang mahu menurunkan berat badan namun tidak mampu untuk terus memaksa diri bagi melakukan aktiviti fizikal atau sebaliknya akan mengakibatkan kesakitan yang teruk.

Namun, ada juga yang tidak mahu melakukan pembedahan kerana takut jarum dan trauma dengan darah. Jadi terdapat solusi yang mudah bagi mengatasi masalah ini.

Bagi golongan yang diatas, mereka sangat sesuai dengan kaedah slimming yang painless ini kerana ianya tidak melibatkan sebarang pembedahan dan pergerakkan fizikal.

Mengapa Penting Turunkan Berat Badan

Turunkan berat badan amat penting untuk mengurangi risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Turunkan berat badan dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang yang mana lebih bertenaga dan lebih fit. 

Orang yang memiliki berat badan berlebihan berkemungkinan cenderung kepada penyakit seperti stroke, osteoarthritis dan penyakit cancer yang lain

  • Kesihatan yang lebih baik

jogging       

Berat badan berlebihan yang melampau akan lebih berpotensi untuk menghidapi pelbagai sakit kronik.

Lemak yang berlebihan akan mengakibatkan masalah pernafasan seperti penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan jantung.

Pelbagai sakit kronik yang berisiko tinggi juga boleh dihidapi seperti strok, diabetes, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi.

Penyakit kronik yang merbahaya itu dapat dielakkan sekiranya kita dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

  • Meningkatkan keyakinan diri

Body slimming

Ramai yang berbadan besar pernah diejek disebabkan saiz badan mereka.

Hal ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri, lebih lebih lagi apabila berhadapan dengan ramai orang. Ada yang selalu memanggil orang yang bersaiz besar dengan panggilan yang tidak sedap untuk didengari sebagai gemok dan boyot.

Dengan menjadi kurus dapat meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang.

Apabila seseorang itu ada keyakinan yang tinggi pasti mampu mendorong untuk berkerja keras kerana mempunyai motivasi diri yang tinggi.

Bertubuh sederhana atau kurus mampu meningkatkan keyakinan diri dengan penampilan lebih bergaya.

Perkara ini menyokong orang yang kurus untuk lebih bergaya kerana pakaian yang bersaiz besar adalah sukar untuk didapati dengan fashion yang menarik.

Lebih mudah untuk mendapatkan saiz yang normal. Jadi, wajarlah orang yang berbadan kurus penampilannya lebih bergaya dari orang yang bertubuh besar.

  • Lebih Mudah untuk Beribadah

Slimming sihat

Orang yang bertubuh besar lebih cenderung untuk sakit kaki atau lutut lebih kerap daripada orang yang bertubuh sederhana dan kecil.

Tapak kaki dan lutut tidak mampu menampung berat badan yang berlebihan dalam masa yang lama, jadi lebih ramailah yang berbadan besar harus beribadah menggunakan kerusi.

Berbadan kurus dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh lutut dan tapak kaki. Secara tak langsung akan memulihkan kondisi tisu yang cedera dan mengurangkan penggunaan kerusi dalam solat tanpa merisaukan masalah seperti sakit lutut menyerang.

Baca Juga:

Cara Pakai Skincare Yang Betul

Jenis Diet Yang Sihat

Menurunkan berat badan dengan cara yang sihat sangatlah penting dan baik untuk badan.

Berikut adalah jenis jenis diet yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan:

  1. Diet Paleo

Diet Paleo for slimming

Diet Paleo juga diketahui sebagai diet orang zaman batu. Ini kerana diet jenis ini mengutamakan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Hal ini kerana teori diet palio mengatakan penyakit moden yang dialami oleh orang sekarang adalah daripada pengambilan bahan makanan tenusu dan bijiran yang diproses.

  1. Diet Atkins

Diet Atkins for slimming

Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Tahap insulin dalam badan dapat dikawal dengan cara pemakanan diet Atkins.

Diet Atkins mengutamakan pengambilan makanan yang berprotein serta mengelakkan makanan yang berkarbohidrat.

Antara sebab diet Atkins popular adalah kerana tahap keberkesanannya.

Ini kerana diet ini mengawal selera anda daripada mengambil makanan yang boleh meningkatkan berat badan.

  1. Intermittent Fasting

Intermittent Fasting for slimming

Salah satu diet yang juga popular di Malaysia adalah Intermittent Fasting. Kaedah diet ini menekankan waktu makan seseorang dalam 24 jam.

Corak pemakanan yang berselang seli antara puasa dan makan. Seperti berpuasa, diet ini menyekat anda daripada makan bukan pada waktunya.

Dapatkan Info Body Slimming Di Sini

Makanan untuk Diet Seimbang

Untuk mendapatkan berat badan yang seimbang, perlulah mendapatkan makanan yang cukup dari segi zat yang diperlukan oleh badan manusia.

Untuk diet yang seimbang, makanan yang anda perlu konsum adalah sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian dan protein yang mencukupi untuk tubuh badan.

Berikut adalah makanan untuk diet seimbang:

  1. Tenusu

tenusu

Vitamin D dan lemak tepu boleh didapatkan di dalam produk tenusu.

Produk tenusu yang mengandungi lemak tepu mampu untuk mengawal tahap kolestrol dan bahan lain yang dapat diganti dengan produk tenusu adalah seperti produk yang diperbuat dari soya atau kekacang.

  1. Protein

Antara bahan makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah seperti daging ayam dan lembu.

Namun begitu, makanan berproses seperti daging sosej dan daging burger tidak termasuk sebagai sumber protein yang sihat.

Ini kerana makanan segera seperti ini mengandungi sodium dan lemak yang tinggi.

  1. Buah – Buahan

buah-buahan

Buah – buahan kaya dengan kandungan vitamin yang tinggi dan kalori yang rendah.

Ia juga boleh dinikmati sebagai jeruk selain sedap dimakan begitu saja.

Namun begitu, semasa pemprosesan membuat jeruk buah, bilangan gula yang diletakkan haruslah sedikit bagi mengelakkan pertambahan jumlah kalori.

Berat badan yang seimbang bukan sahaja untuk mencapai kepuasan diri namun yang penting adalah untuk kekalkan kesihatan pada tahap maksimum.

Namun, penjagaan makan dan minum setelah mencapai berat yang diidamkan juga adalah penting.

Sekiranya terlebih dalam pengambilan makanan dan minuman manis yang tinggi dengan kalori dapat meningkatkan berat badan.

kaedah slimming

Di Cosmoglam Clinic, anda boleh mendapatkan berat badan yang ideal tanpa rasa sakit menggunakan kaedah slimming.

Konsultasi dan rawatan akan dikendalikan oleh doktor bertauliah.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Cosmoglam Clinic atau Facebook page kami. 

More To Explore

Scroll to Top
Scroll to Top