Skincare Terbaik: Ingredients Penting Yang Bagus Untuk Kulit Anda 

skincare terbaik

Share This Post

Berbincang mengenai kulit dan skincare terbaik yang sesuai untuk wanita dan lelaki. 

Penjagaan kebersihan dan kesihatan kulit wajah sering disalah tafsirkan sebagai aktiviti atau rutin hanya untuk kaum wanita.

Setelah seharian di luar, kulit kita pasti akan berpeluh, terkena debu dan cahaya matahari.

Dengan rutin skincare yang mantap, dapat mengurangi masalah pada kulit seperti pori pori tersumbat. 

Antara masalah yang menjadi punca adalah daripada debu yang melekat di wajah atau kesan make up yang tidak dibersihkan dengan betul. 

Selain itu, skincare juga mampu mencegah munculnya ‘dark spot’ yang diakibatkan oleh kesan terkena cahaya matahari yang berlebihan. 

Jadi, penggunaan skincare dengan konsisten menjadi ‘investment’ paling penting untuk mendapatkan kulit sihat di masa depan. 

Sel kulit mati yang tidak ditanggalkan akan menjadi punca wajah menjadi kering, dan kelihatan kusam. 

Penggunaan skincare terbaik secara konsisten dapat menanggalkan sel kulit mati dan dapat menghasilkan kulit yang baru lebih sihat, segar dan berseri. 

6 Ingredient Efektif Untuk Masalah Kulit 

  •  Aloe Vera yang Menyejukkan Kulit

aloe vera

Aloe Vera dikenali sebagai bahan pelembap kulit semula jadi yang diketahui ramai. 

Ia mempunyai sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria, ianya juga digunakan bagi membantu mengatasi iritasi, luka dan mengurangi kesan radang seperti kemerahan, panas dan gatal yang terdapat pada kulit wajah.

  • Kandungan Skincare untuk Mengatasi Jerawat – Benzoyl Peroxide 

Benzoyl Peroxide ini adalah bahan yang lazim digunakan dalam kandungan ubat jerawat. 

Ada juga terdapat dalam produk skin care yang lain khusus untuk kulit sensitif yang terdedah dengan jerawat seperti ‘cleanser’ dan ‘moisturizer’. 

Ianya mampu memberi kesan yang baik sebagai bahan tunggal mahupun dikombinasikan dengan bahan – bahan lain. 

Benzoyl Peroxide juga memberi kesan yang efektif dalam menghapuskan bakteria yang menjadi punca jerawat dan membuka pori – pori yang berpotensi menjadi jerawat. 

  • Caffein untuk Merawat Kulit Bahagian Mata

merawat kulit mata

Caffein mempunyai banyak manfaat kepada kulit. 

Kesan ketara penggunaan caffein di wajah adalah merawat kulit bahagian mata seperti membantu mengurangkan ‘eyebag’ dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata yang dikenali sebagai ‘panda eyes’. 

Penggunaan caffein dapat membantu bahagian tampak lebih segar dan kulit kelihatan lebih sihat.

  • Ceramides untuk Memulihkan Skin Barrier yang Rosak

Ceramides merupakan asid lemak yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan manusia. 

Namun begitu, kadar penghasilan ceramides oleh badan bergantung kepada umur seseorang dan akan berkurangan apabila umur meningkat. 

Dengan mempunyai ceramides yang mencukupi dapat membantu memperbaiki skin barrier yang rosak dan menjaga kulit kita supaya tidak mudah dimasuki bendasing. 

Jadi, skin care yang mempunyai ceramides adalah baik bagi memperkuatkan lagi skin barrier dan menjaga kelembapan wajah supaya tidak mudah kering dan iritasi.

  • Glycolic Acid untuk Menanggalkan Sel-Sel Kulit Mati

glycolic acid

Penggunaan ‘chemical exfoliator’ mampu untuk menjadikan kulit lebih cerah dan menanggalkan sel sel kulit mati, termasuk alpha hydroxy acid (AHA). 

Glycolic acid bertindak dengan cara memisahkan sel kulit mati dengan sel kulit baru dibawahnya. 

Hal ini terjadi sehingga lapisan sel kulit mati dapat dibersihkan dan lapisan sel kulit baru dapat naik ke permukaan. 

Namun, penggunaan AHA dalam produk skincare dapat menjadikan kulit sensitif kepada cahaya matahari. 

Oleh itu, penggunaan sunscreen sebelum keluar rumah adalah amat penting. 

  • Vitamin C merupakan antioksidan yang memudarkan bintik hitam

vitamin c

Antara bahan penting dalam skin care adalah Vitamin C. Dengan pemakaian secara konsisten, ia mampu mengurangkan bintik hitam, meratakan warna kulit dan mencerahkan kulit wajah. 

Tidak hanya itu, dengan adanya antioksidan, Vitamin C juga dapat membantu meneutralkan kesan buruk dari bendasing kepada kulit serta mampu meningkatkan penghasilan kolagen pada wajah. Vitamin C antara produk skincare terbaik untuk jerawat. 

Baca Juga:

Kebaikan Buat Facial treatment

Tips Memilih Skincare Terbaik 

Untuk memilih skincare terbaik, pertama anda harus mengetahui jenis kulit anda.

Sebelum membeli skincare, pastikan baca label produk terlebih dahulu sama ada sesuai dengan kulit kita atau tidak.

Hindari produk yang mengandungi bahan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit dan iritasi.

Selain itu, cara yang terbaik adalah konsult dengan dokter untuk mendapatkan saranan mengenai produk yang sesuai untuk jenis kulit anda.

Dibawah ada penerangan mengenai tips pemilihan skincare yang terbaik.  

  • Jenis Kulit 

jenis kulit

Setiap manusia mempunyai kadar toleransi kulit yang berbeza. 

Dalam kata lain, setiap kulit seseorang mempunyai kesan yang berbeza terhadap sesuatu bahan. 

Malah dalam kalangan ahli keluarga, mahupun adik beradik juga mempunyai jenis kulit yang berbeza. 

Bagi menjadikan skincare lebih efektif kepada kulit kita, haruslah kita kenali kulit masing masing. 

Lebih mudah untuk kita memilih skincare yang hendak digunakan kerana bahan yang digunakan dalam setiap produk adalah tidak sama. 

  • Kulit Sensitif 

Orang yang kulit sensitif sangat mudah menunjukkan kesan sekiranya pemilihan produk yang tidak sesuai dengan kulit. 

Kulit sensitif mudah gatal, merah – merah atau breakout. Justeru itu, orang yang mempunyai kulit sensitif haruslah lebih teliti dalam pemilihan skincare. 

Kebiasaannya, kulit sensitif lebih serasi dengan penggunaan bahan bahan organic, produk yang berlabel untuk kulit sensitif dan bebas dari pewangi. 

  • Bebas Bahan Kimia Berbahaya 

bebas bahan kimia

Terlalu banyak bahan kimia yang merbahaya seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin meresap pada kulit akan menjejaskan kesihatan kita. 

Semasa memilih skincare, anda perlu elakkan produk yang mempunyai bahan ini. 

Untuk mengetahui lebih banyak bahan kimia, anda boleh semak di web Farmasi Malaysia. 

Anda boleh masukkan saja nama produk di ruangan carian untuk mengetahui sama ada produk tersebut adalah selamat untuk digunakan atau tidak. 

Memilih skincare yang selamat adalah amat penting, bukan sahaja sebagai investment untuk kulit kita, namun harus dititikberatkan kesannya dikemudian hari. 

  • Kenali Bahan Aktif di dalam Produk 

Dengan mengenali bahan aktif yang terdapat dalam produk skincare adalah antara tips yang efektif bagi mendapatkan produk yang terbaik. Bahan aktif yang telah diuji berkesan secara klinikal mampu memberi kesan yang positif semasa penggunaan produk tersebut. 

Anda juga haruslah semak label pada produk dan memastikan kandungan bahan aktif yang digunakan dalam produk tersebut adalah selamat dan efektif.

Berikut merupakan antara bahan aktif yang biasa ditemui dalam skincare.

  • Vitamin A

Ia mampu membantu untuk melembapkan kulit, menghilangkan jerawat dan dermatitis. Vitamin A juga kebiasaannya akan dilabel sebagai retinoic acid, retinol atau retinyl-propionate. 

  • Vitamin B dan B5 

Digunakan untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat, gatal, eczema dan sunburn. Ia juga mampu melembapkan kulit dan sering dilabel sebagai niacin, nicotinamide, panthotenic acid atau panthenol. 

  • Vitamin C 

Kebaikan vitamin C tidak dapat disangkal lagi dengan memperbaiki struktur kulit. Ianya dapat mengawal kedutan dan kerosakan kulit yang diakibatkan oleh cahaya matahari. Sering dilabel sebagai L-ascorbic acid. 

  • Vitamin E 

Mampu memberi kelembapan kepada kulit dan mampu mengurangkan dan menghalang kedutan. Ianya dilabel sebagia DI-alpha-tocopherol. 

  • Sempurnakan dengan Moisturizer 

moisturizer

Skin care yang basic haruslah disempurnakan dengan moisturizer dan bukan sahaja pencuci muka yang telah di pilih. 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, boleh ditambah dengan penggunaan produk skin care yang lain seperti toner, exfoliators, serum dan lain lain. 

Namun, penggunaan produk skin care yang lain tidaklah wajib. Ia juga bergantung kepada keperluan dan gaya hidup kita sehari hari. 

Sebagai contoh, adakah kulit kita sering terdedah dengan cahaya matahari atau mengamalkan gaya hidup aktif dan terdedah dengan punca kerosakan kulit. 

  • Kaji Feedback Pengguna sebelum Membeli 

Sebelum membeli skin care yang terbaik, bukan sahaja perlu mengkaji jenis kulit sendiri, namun anda juga perlu mengkaji feedback pelanggan yang telah menggunakan produk tersebut. 

Apabila kita telah mengkaji jenis kulit kita, pasti sudah ada beberapa jenama yang terlintas dikepala.

Maka, lebih senanglah untuk mengkaji feedback para pengguna brand yang kita telah tahu. 

Mengkaji feedback pelanggan boleh dilakukan secara dalam talian iaitu cari di internet atau media sosial. 

Anda boleh juga mendengar dari pengalaman mana mana individu yang telah mencuba sendiri produk dari brand tersebut. 

Dengan kajian yang dilakukan, kita dapat mengetahui sekiranya ada kesan kesan sampingan yang berlaku sekiranya kita menggunakan produk tersebut. 

Anda juga dapat lebih bersedia sekiranya ada beberapa kesan awal setelah menggunakan produk seperti kulit akan mengelupas dalam 1-2 hari selepas penggunaan.

Urutan Betul Pakai Skincare

urutan pakai skincare

Urutan memakai skin care berbeza untuk pagi dan malam.

Urutan yang benar memakai produk skincare adalah untuk memastikan bahawa produk yang digunakan adalah berkesan dan sesuai dengan jenis kulit.

Penggunaan yang tidak tepat, akan mengurangkan kesan efektif produk tersebut. 

Jika tersalah urutan pemakaian skincare, masalah kulit seperti dehidrasi dan iritasi boleh berlaku. 

Terdapat produk skincare yang banyak dipasaran sebagai contoh pembersih wajah, pelembap, toner, sunscreen dan lain– lain. 

Produk yang digunakan bergantung kepada keperluan dan kehendak si pemakai.

Namun, sekiranya salah turutan pemakaian skincare setelah berbelanja sejumlah wang untuk skincare, kesan yang diperolehi mungkin bukanlah kesan yang optimum.

Urutan Skincare Pada Waktu Pagi

urutan skincare waktu pagi

  • Sabun Cuci Muka 

Dalam urutan skincare yang betul, membersihkan wajah akan menjadi langkah penting yang terawal sebelum memakai produk skincare yang lainnya. 

Kulit muka yang bersih akan memudahkan produk skincare yang lain meresap ke dalam kulit. 

  • Toner 

Penggunaan toner yang mempunyai salicylic acid dan bahan pengelupasan (exfoliate) boleh membantu mempercepatkan penyingkiran sel kulit mati pada wajah. 

Toner juga boleh digunakan untuk ‘prep’ kulit wajah sebelum menggunakan pelembap dan serum. 

  • Serum 

Fungsi penggunaan serum adalah sebagai supplement vitamin untuk kulit wajah. 

Oleskan serum pada kedua tapak tangan dan menyapu pada wajah dengan cara dab sahaja agar terserap dengan baik dalam lapisan kulit.

  • Spot Treatment

Spot Treatment adalah krim yang digunakan untuk menghilangkan dark spot. Ianya dipakai selepas menggunakan serum. 

  • Krim Mata

krim mata

Bahagian kulit disekitar mata adalah lebih sensitif dan mudah menjadi lebih nipis. 

Dengan penggunaan krim mata dapat mencerahkan, menghaluskan area tersebut. 

  • Essence

Antara kebaikan menggunakan essence adalah memberi nutrisi kepada kulit daripada dalam dan membantu mengoptimumkan kadar penyerapan bahan aktif skincare.

  • Moisturizer

Bagi penyerapan yang lebih sempurna, anda boleh mengurut kulit wajah semasa meratakan moisturizer. 

Ia juga boleh melancarkan peredaran darah di wajah anda. 

  • Sunscreen

sunscreen

Penggunaan sunscreen adalah penting kerana boleh mengelakkan dari kulit muka kita terbakar. 

Dalam urutan terakhir pemakaian skincare, sunscreen dipakai dalam urutan yang terakhir. 

Urutan Skincare Waktu Malam 

  • Double Cleansing 

double cleansing

2 produk diperlukan untuk melakukan double cleansing iaitu produk yang berasaskan minyak atau oil cleanser dan air (micellar water). 

Dilakukan supaya kulit muka benar benar bersih tanpa sebarang sisa make up atau kotoran tertinggal. 

  • Eksfoliasi 

skin care exfoliate

Boleh dilakukan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuka pori-pori untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. 

Eksfoliasi lebih baik dilakukan pada waktu malam untuk menghilangkan sisa kotoran dan kekal bersih serta membantu kulit menerima produk lain.

  • Toner

Penggunaan toner pada malam dan siang hari tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia digunakan untuk menanggalkan sisa kotoran yang tertinggal dan lebihan minyak. 

  • Acid Treatment

Skincare atau membuat rawatan wajah yang menggunakan salicylic acid dapat mengurangkan masalah jerawat pada wajah. 

  • Serum dan Essence 

Seperti kegunaan di siang hari, fungsi penggunaan serum dan essence adalah untuk menjaga nutrisi kulit dari dalam kulit. Selain itu, serum antara skincare terbaik untuk kulit kusam. 

  • Krim Mata 

Penggunaan krim mata pada waktu malam dapat memberikan kesan yang optimum daripada bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. 

Ia boleh mengurangkan kesan kedutan halus dan bengkak pada wajah. 

Wajah menjadi lebih relax pada waktu malam memboleh sel kulit dapat diperbaiki.

  • Krim Malam atau Mask 

Dalam urutan skincare, memakai krim malam adalah tidak wajib namun terdapat juga manfaatnya sekiranya anda pakai. 

Segala kandungan produk yang dipakai sebelumnya dapat dikekalkan dan dioptimumkan kesannya dengan penggunaan mask. 

Penjagaan muka bukan sahaja kerana penampilan, apa yang lebih penting adalah kesihatan kulit. 

Aturan dan cara pemakaian skincare yang betul juga mempengaruhi kesan skincare yang diinginkan. 

Jika anda ingin mengetahui tentang skincare yang terbaik dan tips kecantikan, boleh hadir ke Cosmoglam Clinic.

Layari laman web kami dan Facebook cosmoglam untuk maklumat lanjut. 

Anda boleh buat appointment untuk mendapatkan konsultasi tentang kulit anda. 

More To Explore

Scroll to Top
Scroll to Top