Tahukah anda, apa yang berlaku kepada kulit anda apabila cuaca panas melanda? Kulit kusam akan seringkali terjadi dan memerlukan penjagaan yang lebih!
Ini menjadi masalah utamanya bagi wanita kerana sering kali memakai make-up dan kulit akan kelihatan tidak menawan jika base kulit kusam.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa punca dan penyelesaian untuk mengatasi masalah kulit kusam anda.
Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memperoleh kulit yang berseri-seri dan cerah walaupun dalam cuaca yang panas!
Info Penting Tentang Kulit Kusam
Tahukah anda, kekusaman pada kulit terjadi disebabkan kekurangan cahaya atau ketidakupayaan untuk memantulkan cahaya dengan baik.
Cara mudah untuk tahu kulit anda kusam:
- Kelihatan kering.
- Bertompok-tompok.
- Pucat atau tidak bermaya.
- Tekstur kulit tidak sekata.
Tanda Anda Ada Kulit Kusam
1. Warna Kulit yang Tidak Sekata
Kulit anda mungkin kelihatan tidak sekata dan nampak seperti hilang seri semulajadi. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk cahaya sinar matahari, kekurangan tidur, dan pemakanan yang tidak seimbang.
2. Tekstur Kulit yang Kering dan Kasar
Kulit yang kusam cenderung menjadi kering dan kasar. Anda pasti dapat merasai kulit kasar ketika disentuh, dan kehilangan kelembapan semulajadi.
3. Kesan Cahaya Matahari
Kulit yang kusam sering kali mempunyai keupayaan yang rendah untuk melawan kesan akibat sinar UV. Ini akan menyebabkan kulit rosak dan menggalakkan proses penuaan kulit.
4. Kulit Kelihatan Lesu dan Lelah
Kulit tidak berseri dan kusam boleh menyebabkan individu kelihatan tidak bermaya. Anda mungkin disalah anggap tidak dapat tidur yang cukup oleh rakan sekerja!
5. Lingkaran Gelap di Bawah Mata
Kulit kusam sering disertai dengan masalah lingkaran gelap di bawah mata. Ia boleh memberikan kesan wajah yang letih dan kurang bermaya.
Artikel Berkaitan;
Punca Terjadinya Kulit Kusam
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam. Berikut adalah lima punca utama yang perlu anda ketahui:
1. Terdedah Dengan Sinaran Matahari
UV yang berlebihan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kulit kusam. Pastikan anda melindungi diri dengan menggunakan pelindung matahari yang sesuai.
Elakkan juga dari terdedah terlalu lama berada di bawah sinar matahari. Anda boleh terdedah dengan strok haba jika terdedah berlebihan.
2. Kurangnya Penjagaan Kulit
Kekurangan penjagaan kulit yang sihat, termasuk tidak membersihkan muka dengan mendalam dan kekurangan pelembap, boleh menyebabkan kulit kehilangan seri semulajadi dan kelihatan kusam.
3. Kekurangan Pemakanan yang Seimbang
Pemakanan yang tidak seimbang terutamanya kurang pengambilan nutrien yang mencukupi boleh mempengaruhi kecerahan kulit.
Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan nutrisi kulit anda. Makan makanan yang sejuk seperti tembikai, air kelapa, timun dan pisang.
4. Kebiasaan Merokok
Merokok adalah salah satu punca utama kepada masalah ini. Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan kolagen dalam kulit dan mengganggu peredaran darah, menjadikan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya.
5. Stres yang Berlebihan
Stress yang berterusan boleh mempengaruhi kesihatan kulit anda. Ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan kecerahan kulit.
Amalkan cara-cara untuk mengurangkan stress seperti beriadah, meditasi, dan tidur yang mencukupi.
6. Dehidrasi
Dengan cara mudah iaitu minum air mencukupi, dapat membantu anda memiliki kulit yang sihat.
Jadi, pastikan anda minum air dengan cukup lebih-lebih lagi pada cuaca yang panas. Anda boleh ketahui jumlah air yang patut di minum mengikut berat anda dengan lebih lanjut di Google.
7. Kurang Kelembapan Pada Badan
Hydration amat penting pada permukaan kulit kita. Jadi, gunakan pelembap muka dan badan yang bersesuai bagi mengekalkan kesihatan badan.
Gunakan ia sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi melindungi lapisan kulit. Jika tidak dijaga, kulit muka anda akan menjadi kering dan menyebabkan masalah jerawat (jika ada) tidak dapat dirawat.
8. Banyak Sel Kulit Mati
Sel kulit mati hendaklah dibuang maksimum 2 kali seminggu bagi menghasilkan sel kulit baru.
Andai tidak diexfoliate, sel kulit mati inilah yang menyebabkan kulit kelihatan kusam, bertompok, mengelupas dan kering.
Ini ialah alternatif yang mudah dan senang untuk dilakukan bagi sesiapa saja kerana kos rendah dan dijamin membantu kulit anda menjadi lebih halus.
Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa kulit kusam lebih-lebih lagi ketika musim panas memang perlukan penjagaan yang lebih.
Jika anda mahu rawat kulit anda dengan cepat, Cosmoglam Clinic ada jawapan yang tepat!
Cosmoglam Clinic menyediakan rawatan muka yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah kulit kusam anda.
Dengan bantuan doktor pakar yang terlatih, anda boleh mendapatkan penyelesaian yang efektif untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri dan cerah.
Rawatan yang akan digunakan;
- PRP.
- DNA Peptide.
- Chemical Peel.
- Laser.
Jangan biarkan kulit kusam merosakkan keyakinan anda. Ambil langkah pertama untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri dengan mendapatkan rawatan muka di Cosmoglam Clinic hari ini.