Adakah anda risau tentang pipi tembam atau double chin yang semakin bermaharajalela setiap kali musim perayaan tiba? Face slimming treatment adalah jawapannya!
Ia merupakan rawatan yang tidak invasif namun efektif untuk mendapatkan struktur muka yang runcing dan lebih kurus.
Kaedah rawatan ini boleh dibuat sendiri di rumah ataupun pergi ke klinik estetik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Justeru, dalam artikel ini, kami akan menyenarai jenis-jenis face slimming treatment yang ada untuk anda cuba.
Lebih-lebih lagi jika anda sedang dalam penjagaan berat badan dan penampilan wajah sebelum menyambut raya.
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini sehingga tamat!
Punca Muka Puffy dan Tembam

Sebelum kami berkongsi maklumat mengenai face slimming, kami akan berkongsi sedikit informasi mengenai puffy face dan pipi tembam.
Secara umumnya, punca ketembaman pada pipi adalah disebabkan lemak yang terkumpul dan “terperangkap” pada pipi yang sekaligus membuatkannya tampak lebih berisi.
Konsepnya adalah sama seperti peha yang besar dan perut yang buncit, di mana masalah ini membuatkan seseorang menjadi tidak yakin dengan diri sendiri.
Seringkali orang akan menyalahkan pemakanan dan sememangnya ia benar.
Pipi anda akan menjadi tembam jika pengambilan lemak yang berlebihan dalam diet harian anda.
Selain daripada makanan, ia boleh berlaku disebabkan oleh genetik, obesiti, dehidrasi, tidak cukup tidur dan masalah kelenjar tiroid.
4 Cara Untuk Dapatkan Face Slimming
Meskipun ramai yang cakap tembam itu comel, tetapi ada juga yang tidak berpendapat yang sama. Jadi, artikel ini adalah khas untuk mereka yang mencari cara untuk menguruskan struktur muka dan pipi.
Untuk mendapatkan pipi yang lebih kecil, anda perlu:
1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

Individu yang tidak mendapatkan rehat dan tidur yang cukup kebiasaannya mempunyai muka yang sembab.
Ia boleh membawa kepada masalah pipi tembam apabila kerap dan lama berjaga.
Punca di atas dapat dibendung jika anda rehat serta tidur yang cukup seperti disarankan oleh ramai pakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
2. Jaga Pemakanan

Menjaga pemakanan merupakan salah satu kunci kepada pipi slim.
Seperti yang diketahui umum, pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan akan membawa kepada pipi tembam.
Jadi, perkara penting adalah menjaga porsi makanan.
Meskipun pengambilan makanan berlemak dan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi agak sukar, anda boleh cuba mengurangkan pengambilan sedikit demi sedikit.
Apa yang anda boleh buat adalah menggantikan makanan yang berlemak, mengandungi gula dan garam dengan nutrient yang lebih sihat terutamanya serat, vitamin dan mineral.
3. Senaman Ringan

Bersenam tak semestinya perlu mengangkat besi di gym setiap hari walaupun ianya baik untuk anda.
Anda juga sebenarnya boleh melakukan senaman ringan
seperti berjoging, berjalan kaki dan mungkin berbasikal sahaja.
Selain itu, anda boleh melakukan senaman khas untuk pipi anda di rumah.
Anda boleh lakukan senaman sedutan pipi di mana anda menyedut pipi ke dalam seperti wajah ikan.
Kekal berada dalam posisi ini selama lebih kurang 15 saat dan ulangi beberapa kali. Teknik ini dipanggil “smiling fish”.
4. Urutan Wajah

Selain menguruskan pipi melalui senaman, urutan wajah juga salah satu cara untuk menguruskan pipi.
Apa yang anda perlukan adalah pilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda untuk membuat urutan di wajah anda.
Kemudian, lumurkan produk pilihan anda. Untuk lebih mudah, anda aplikasikan semua rutin skincare dan ketika masih lembap, mulakan urutan di sepanjang bawah tulang pipi dari bawah ke atas.
Tidak dilupakan juga di atas permukaan pipi dan dahi.
Ulang setiap kali selepas memakai skincare dan konsisten untuk mengekalkan hasil dalam jangka masa panjang.
Selain daripada cara yang dinyatakan di atas ini, anda juga boleh dapatkan rawatan Slimming face di Cosmoglam Clinic!
Dapatkan Slimming Face Treatment di Cosmoglam
Memandangkan sambutan Syawal bakal disambut lebih kurang sebulan lagi, jadi kami di Cosmoglam Clinic bersedia untuk membantu anda!
Kami di Cosmoglam Clinic terdiri daripada doktor estetik yang bertauliah serta mempunyai kelulusan daripada universiti antarabangsa yang terkemuka.
Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi yang terkini, permintaan ada untuk mendapatkan face slimming bukanlah suatu perkara yang mustahil!
Anda ingin tahu jenis rawatan face slimming yang ada di Cosmoglam Clinic?
Teruskan membaca!
1. Botulinum Toxin

Rawatan pelangsingan muka menggunakan botox yang dipanggil botulinum toxin adalah rawatan yang popular untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bersegi empat dan mempunyai rahang yang kelihatan maskulin.
Ini adalah disebabkan oleh otot masseter yang besar dan boleh menyebabkan muka kelihatan lebih bulat dan empat segi.
Disamping itu, rawatan ini juga lebih bagus dan selamat kepada pesakit yang tidak mahukan pembedahan.
2. Thread lift
Salah satu tanda penuaan yang paling tidak diingini adalah kulit kendur.
Apabila usia semakin meningkat, kulit kita akan kehilangan kolagen dan elastin.
Kedua-duanya adalah penting untuk merangsang pembaharuan kulit.
Tetapi, apabila kita semakin lanjut umur, penghasilan kolagen dan elastin menurun. Ini akan menyebabkan kulit kendur.
Proses penuaan mempengaruhi setiap lapisan kulit hingga ke tulang.
Oleh itu, kami di Cosmoglam Clinic akan menggunakan teknik untuk mengatasi penuaan secara semula jadi.
Angkat benang atau dikenali sebagai thread lift adalah prosedur dimana jahitan sementara untuk menghasilkan “angkatan” pada wajah.
Benang yang digunakan sangat halus dan ianya dapat merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit.
3. Mesolipolysis

Rawatan ini adalah prosedur di mana satu suntikan kecil akan dibuat bagi melebur lemak yang tidak diingini ke dalam tisu.
Kaedah ini kurang menyakitkan berbanding liposuction (sedut lemak).
Tambahan pula, rawatan ini hanya digunakan pada kawasan muka terutamanya pipi, muka dan rahang.
Kaedah ini perlu dilakukan dengan kerap iaitu selang 2-3 minggu untuk 3 atau 4 rawatan bergantung dengan lemak di muka.
Jika anda berminat dengan rawatan face slimming di Cosmoglam Clinic, anda boleh menempah janji temu (appointment) di laman web kami.
Jangan risau, anda boleh dapatkan rawatan ini di cawangan kami yang berdekatan dengan rumah anda.
Kami turut menyediakan senarai cawangan dan pautan WhatsApp agar anda dapat hubungi kami dengan lebih cepat:
Jadi tunggu apa lagi?
Klik pautan biru laman web kami di bawah ini sekarang!