4 Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan! 

cara hilangkan parut jerawat

Share This Post

Carian “cara hilangkan parut jerawat” merupakan yang terbanyak di ruangan Google. 

Ini boleh disebabkan setiap orang mengalami jenis-jenis jerawat yang berbeza, maka penyelesaiannya pun tidak sama. 

Baik lelaki atau wanita, jika anda menghadapi masalah ini, tahap keyakinan diri anda akan berkurang. 

Ia boleh menyebabkan anda berasa stres dan malu untuk berjumpa dengan orang baru. 

Mana tidaknya, apabila masalah wajah ini kelihatan ketara, pasti orang ramai akan tertumpu padanya. 

Jadi, kami di Cosmoglam akan berkongsi beberapa perkara penting, antaranya maksud dan penyebab terjadinya jerawat, jenis-jenis, dan cara hilangkan parut jerawat. 

Jom baca artikel ini sehingga tamat untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. 

Maksud dan Penyebab Terjadinya Jerawat

cara hilangkan parut jerawat

Secara umumnya, jerawat ini boleh difahamkan sebagai skin condition yang terjadi kepada setiap individu. 

Sebenarnya, terjadinya jerawat adalah normal kerana ia melibatkan rebesan hormon yang dihasilkan oleh tubuh badan kita. 

Namun begitu, jika skin condition berlaku secara kerap, lebih banyak, dan menyakitkan, anda digalakkan untuk berjumpa pakar dermatology untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.

Jerawat ini terjadi akibat daripada rembesan sebum yang berlebihan pada permukaan wajah kita. 

Ia akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat. 

Disebabkan ini, folikel yang ada dalam pori-pori wajah akan tersumbat yang berpunca oleh minyak dan sel kulit mati. 

Apabila ini terjadi, wajah anda akan mengalami keradangan dan merah-kemerahan. 

Maka, akan muncul benjolan merah kecil yang berisi nanah pada permukaan wajah kita. 

Selain daripada penghasilan sebum yang berlebihan dan pori wajah tersumbat, terdapat faktor lain yang mengakibatkan terjadinya jerawat seperti: 

  • Bakteria Propionibacterium acnes. 
  • Keturunan dalam keluarga.
  • Folikel yang tersumbat boleh juga menyebabkan terjadi jenis jerawat yang lain seperti blackhead, whitehead, pustula, cyst, dan sebagainya. 
  • Terhasilnya hormon androgen yang berlebihan yang akibat daripada haid. 
  • Stres. 

Jenis-jenis Jerawat 

  • Whitehead 

Whitehead terjadi apabila pori-pori wajah tersumbat yang berpunca daripada penghasilan sebum dan sel kulit mati. 

Kebiasaannya, whitehead mempunyai “isi” berwarna putih pada bahagian dalam jerawat. 

Punca terjadinya whitehead ini adalah disebabkan rembesan hormon yang berlaku ketika anda capai puberty atau datangnya kitaran haid. 

Lazimnya, whitehead akan muncul pada bahagian yang banyak melibatkan sentuhan seperti pipi dan dagu. 

  • Blackhead

cara hilangkan parut jerawat

Jika anda dapati terdapat jerawat yang berwarna hitam pada wajah, itulah blackhead. 

Ia berpunca disebabkan penghasilan sebum yang berlebihan, sel kulit mati, dan pembiakan bakteria sehingga boleh menyebabkan pori wajah tersumbat. 

Blackhead terjadi akibat daripada kebersihan wajah yang tidak diamalkan secara teliti. 

  • Pustula

Jerawat jenis ini seringkali muncul bersama papula. 

Ini disebabkan kedua-dua jenis ini terhasil akibat timbulnya masalah whitehead dan blackhead. 

Berikut merupakan ciri-ciri jerawat pustula:

  • Boleh dikenalpasti apabila timbulnya benjolan merah (keradangan).
  • Isi jerawat yang bernanah. 
  • “Pembiakan” jerawat dengan banyak. 

 

  • Jerawat batu

Jerawat batu atau cyst berpunca daripada penghasilan sebum dan sel kulit mati yang terjadi pada bahagian dalam wajah. 

Ini akan menyebabkan terjadinya keradangan pada permukaan muka kita.

Jika anda tidak dapatkan rawatan daripada pakar, jerawat ini akan membesar (atas faktor bakteria infection), lebih radang, dan berisi nanah. 

Selain itu, ia juga boleh merosakkan pori-pori wajah di sekitarnya dan menyebabkan terjadinya jerawat batu yang baru. 

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Tahukah anda bahawa penjagaan yang rapi dan kebersihan ialah kunci utama kepada penampilan yang baik? 

Ini bermaksud anda tidak semestinya perlu menghabiskan wang untuk membeli produk skin care. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah bersenam dan menjaga diet pemakanan.

Elakkan makan junk food, bergula atau processed food secara kerap. 

Ini disebabkan makanan ini mengandungi kandungan yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Selain daripada dua point di atas, anda juga boleh mencuba cara ini: 

  • Menggunakan gel aloe vera

khasiat lidah buaya

Gel aloe vera ini bukan lagi produk yang asing pada masa kini. 

Anda boleh mendapatkannya di drugstore pada harga yang berpatutan. 

Selain itu, aloe vera mempunyai fungsi yang amat efektif dalam memudarkan parut jerawat. 

Anda boleh menggunakan produk ini pada muka dan badan. 

Anda cuma perlu sapu gel ini pada parut jerawat sehingga ia betul-betul meresap ke dalam kulit. 

  •  Pencuci muka yang mengandungi AHA & BHA

AHA dan BHA merupakan “bahan” pengelupas wajah (exfoliating) secara kimia.  

Fungsinya sama seperti exfoliator physical, cumanya ia tidak meninggalkan kesan penggunaan yang kasar pada wajah.

Fungsi utama kedua-dua bahan adalah untuk memudarkan pigmentasi yang berlebihan pada wajah.  

  •  Serum vitamin C

serum parut jerawat

Seperti yang kita tahu, penggunaan produk skin care mempunyai urutan yang betul.  

Jadi, pastikan anda ikut urutan penggunaan skin care dengan betul agar wajah anda dapat menerima khasiatnya.  

Bagusnya vitamin C ini adalah ia mencerahkan tona wajah dan juga memudarkan pigmentasi parut jerawat.  

  •  Dapatkan rawatan pakar

Cara yang terakhir adalah anda perlu dapatkan rawatan daripada pakar.

Tindakan ini bukan sahaja membantu untuk memudarkan parut jerawat, malah anda juga boleh mendapatkan nasihat mengenai penjagaan wajah dengan lebih mendalam. 

Dengan ini, anda tahu do’s and don’ts dalam penjagaan wajah. 

Jadi, jika anda mengalami masalah jerawat yang amat kritikal ataupun inginkan wajah yang lebih bersih, anda boleh dapatkan rawatan muka di Cosmoglam Clinic. 

Jangan risau, anda tidak akan rasa rugi dengan rawatan Cosmoglam Clinic. 

Doktor-doktor di Cosmoglam Clinic memiliki sijil pengajian dalam bidang Medical Aesthetic daripada universiti antarabangsa yang bertauliah. 

Selain itu, alatan rawatan di Cosmoglam Clinic juga amat canggih dan mengikuti dengan kemodenan pada masa kini. 

Jadi, anda tidak menunggu lama atau berasa sakit apabila menerima rawatan ini. 

Dengan servis layanan yang mesra pelanggan dan suasana klinik yang bersih, anda akan berasa selesa dengan rawatan yang diterima. 

Buat anda yang ingin mendapatkan rawatan muka di Cosmoglam Clinic, berikut merupakan antara cawangan yang anda boleh lawat: 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai rawatan muka, anda boleh klik pada setiap cawangan di atas untuk hubungi mereka melalui WhatsApp.

Jadi, anda berminat untuk dapatkan rawatan muka di Cosmoglam Clinic? 

Klik pautan di bawah untuk menempah slot rawatan sekarang! 

More To Explore

Scroll to Top
Scroll to Top