Jeragat adalah bintik-bintik berpigmen yang sering muncul pada kulit muka dan bahagian tubuh seseorang.
Masalah kulit ini lebih berisiko tinggi terjadi terhadap wanita yang mula memasuki usia 30-an.
Makeup tebal-tebal pon belum tentu dapatkan tutup kesan jeragat pada muka, terutamanya jika kesan jeragat itu sudah menebal.
Jadi, sebelum terlambat atau jadi lebih teruk, anda perlu buat sesuatu bagi menghilangkan jeragat.
Memiliki masalah kulit ini antara salah satu punca anda tidak yakin untuk berada di khalayak ramai.
Hari ini, kami akan fahamkan anda mengenai jeragat dan cara hilangkan jeragat yang anda perlu lakukan.
Fahami Jeragat
Jeragat adalah tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit wajah anda. Bagi yang berkulit gelap, tompok jeragat anda akan berwarna hitam.
Biasanya, ia berwarna lebih gelap daripada warna kulit warna kulit asal dan terjadi akibat peningkatan melanin, pigmen yang memberi warna pada kulit.
Jeragat sering muncul akibat dari sinaran ultraviolet (UV) dari sinar matahari. Sinar matahari telah merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan lebih banyak melanin sebagai perlindungan dari kerosakan sinar UV.
Perkara inilah yang membuatkan bintik-bintik pigmen muncul di kulit.
Punca Jeragat Muncul Pada Kulit
1. Sinaran Matahari
Cahaya matahari sinar ultraviolet (UV) yang merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan lebih banyak melanin sebagai perlindungan dari kerosakan sinar UV.
Bahagian muka seperti hidung, pipi, dahi dan bibir cenderung untuk mendapat jeragat dan sunburn.
2. Jenis Kulit dan Warna Kulit
Tahukah anda, individu yang berkulit cerah lebih mudah untuk mendapat jeragat kerana mereka memiliki jumlah melanin yang lebih sedikit untuk melindungi kulit.
3. Faktor Genetik
Faktor genetik juga boleh menyumbang kepada masalah jeragat kepada individu.
4. Hormon
Perubahan hormon disebabkan kehamilan dan penggunaan pil menjadi salah satu punca kepada munculnya jeragat.
Tak lupa juga, membuat rawatan hormon mengandung estrogen atau progesteron juga menjadikan ia begitu.
5. Usia
Pada usia menjengah awal 30-an, kulit anda akan mengalami perubahan seperti jeragat dan sagging disebabkan proses penuaan secara semula jadi.
Setelah menginjak 40-an dan ke atas, proses penuaan yang alami semakin membuatkan jeragat muncul dan tidak dapat dielakkan melainkan anda makan makanan yang ideal bagi melambatkan proses tersebut.
6. Kosmetik
Penggunaan kosmetik dan alat solek yang tidak sesuai dan tidak menepati piawaian tidak bagus untuk kulit.
Bahan-bahan terlarang pada produk tersebut akan memburukkan kondisi kulit anda dan lebih teruk, sukar untuk di rawat.
Baca Juga;
Cara Hilangkan Jeragat
1. Sunscreen di Dalam Rutin
Sunscreen perkara penting yang membantu anda mengurangkan jeragat di muka. Tidak percaya? Cuba amalkan selama 3 bulan, mesti anda dapat lihat perubahannya.
Hal ini kerana, penggunaan sunscreen dapat melindungi kulit dari paparan sinar UV dan mengurangkan kemungkinan munculnya jeragat baru atau membuatkan jeragat yang ada lebih gelap.
2. Gunakan Serum
Kandungan bahan yang sesuai untuk mengurangkan jeragat ialah asid glikolik, retinoid, niacinamide dan asid salasilik.
Kandungan bahan seperti vitamin A dan vitamin C yang ada dalam antioksidan membantu juga mengurangkan pigmentasi kulit dan membuatkan kulit anda cerah berseri.
Dapatkan produk yang ada kandungan di atas ya!
3. Elakkan Dari Selalu Expose Dengan Matahari
Jika pekerjaan anda memerlukan anda berada di bawah terik matahari, pastikan pakai perlindungan seperti sunscreen, topi dan pakaian yang dapat menutup tubuh.
Ini dapat melindungi anda daripada risiko jeragat dan strok haba.
4. Rawatan Jeragat
Cara yang mudah dan berkesan untuk hilangkan jeragat adalah rawatan laser. Ia dapat membantu menghapuskan jeragat degil di kawasan muka.
Rawatan laser meskipun kedengaran mahal merupakan teknologi terkini yang paling berkesan untuk jeragat.
Pelanggan akan diberi konsultasi dahulu berdasarkan analisis yang dilakukan pada kulit untuk mengetahui jenis jeragat dan rawatan yang sesuai.
Di Cosmoglam, anda boleh dapatkan khidmat doktor profesional bagi merawat kulit anda menjadi lebih mulus dan flawless. Anda boleh layari website Cosmoglam di sini.
Mempunyai kulit jeragat tidak berbahaya. Namun, jika terdapat sebarang perubahan pada ukuran, bentuk , warna jeragat atau pertumbuhan kulit yang mencurigakan, anda disarankan untuk adakan konsultasi dengan doktor atau pakar kulit bagi menawarkan khidmat lanjut.
Jika anda mahu rawat kulit anda dengan cepat, Cosmoglam Clinic ada jawapan yang tepat!
Cosmoglam Clinic menyediakan rawatan muka yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah kulit kusam anda.
Dengan bantuan doktor pakar yang terlatih, anda boleh mendapatkan penyelesaian yang efektif untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri dan cerah.
Rawatan yang akan digunakan;
- PRP.
- DNA Peptide.
- Chemical Peel.
- Laser.
Jangan biarkan kulit kusam merosakkan keyakinan anda. Ambil langkah pertama untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri dengan mendapatkan rawatan muka di Cosmoglam Clinic hari ini.